Cer Citer..Cer Citer..

Wednesday 5 March 2014

Shaklee dan Pregnant

hahaha.. ha gelak panjang sattt.. cliche ehh.. bila org juai pisang goreng, pastu laku; dahhh kita pun pi beli periuk belanga bagai nak goreng pisang jugakkkk...kehkeh... biasa la tu nohhh... hehe

cerita pasal aku dengan Shaklee ni ekceli tak le lama sangat.. aku start makan pun sejak mengandung yg no2. Masa mengandung Abang (2008) ada la jugak misi2 kat klenet kesihatan tu tanya, ada tak ambik supplement? aku kata takde. dia tanya lagi, makan ok tak? aku cakap okkkkkk.. masakan idak, sampai diabetes kauuu asyik makannn ajekk.. naik 20kelo!

Mai preggy kali kedua (2011) aku tanya gynae dulu, boleh ke tidak.. bila gynae dah kasik green light baru aku proceed. At least aku dah dapatkan nasihat doktor.. hehe..

Untuk yang baru2 preggy tu, better la korang ambik supplement. ni aku copypaste dari blog Dr Zubaidi: Prenatal Vitamin Mana Yang Perlu Dibeli?

Bekalan tambahan (suplemen) vitamin untuk wanita hamil dinamakan Prenatal Vitamin. Ia berlainan dengan mana-mana suplemen vitamin yang biasa untuk orang dewasa yang tidak hamil, kerana dosnya berbeza. Suplemen ini boleh didapati dari beberapa pil yang berlainan atau dalam satu set multivitamin yang diformulakan khas untuk wanita hamil.
Pengambilan suplemen prenatal vitamin memang digalakkan kerana dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil, kelahiran pramatang dan kekurangan berat ketika bayi dilahirkan. Ia juga memberikan kekuatan dan membantu wanita hamil mendapat kesihatan yang baik sepanjang kehamilan. 
Ia juga membantu mengurangkan risiko kekurangan nutrisi di kalangan wanita yang mengalami loya, muntah dan tidak mempunyai selera untuk makan di awal kehamilan.
Malangnya, ramai wanita yang hamil tidak mendapatkan bekalan nutrisi yang secukupnya kerana tidak mengetahui bahawa mereka terpaksa berkongsi nutrisi dengan bayi dalam rahem dan sangat memerlukan vitamin dan mineral tambahan.
Tapi serious aku memang cadangkan hangpa yg preggy tu ambik la supplement tambahan.. Dalam blog Dr Zubaidi ni, dia cadangkan supaya ambik:

1. Folic Acid  - untuk perkembangan fizikal dan saraf bayi
2. Iron - mengurangkan risiko kelahiran pramatang
3. Kalsium
4. Omega-3

So kenapa Shaklee? Aku suke shaklee sebab dia natural. mcm mana aku pasti benda tu natural? well, bagi aku senang ajek.. kalo kita bukak botol2 supplement pastu ada silica gel tu, maksudnya benda tu sintetik. so pilih sendiri lah kan, nak natural ke sintetik :)

psstttt.. kalo nak order Shaklee boleh pm aku ehh :) cliche takkk? wakakaka... like i care! haha byeee